CERITA MENGAPA PEMANDU LORI MENGAMUK REMPUH 22 BUAH KERETA DAN 2 MOTOSIKAL

+
Nibong Tebal: Seorang pemandu berusia 30 an bertindak merempuh 22 kereta dan dua buah motosikal kerana berang kenderaan yang diparkirnya dihalang. 

Dia merempuh kesemua kenderaan itu yang diparkir di pasar awam, Taman Berjaya disini 8 pagi tadi. 

Sumber Harian Metro melaporkan, lelaki tersebut berang kerana kenderaan terbabit menghalang laluannya. 

"Siasatan awal mendapati dia memandu lori secara melulu dan merempuh kereta serta motosikal terbabit.

"Pemandu berusia lingkungan 30-an itu kemudian meninggalkan lorinya dan melarikan diri," katanya.

Menurutnya juga, 7 kenderaan rosak teruk dan kes masih dalam siasatan. - Siakapkeli.my
+

Post a Comment

+