24 SEBAB KENAPA RAMAI RAKYAT MALAYSIA BERPINDAH KE PERTH, AUSTRALIA

+
Kenapa ramai orang Malaysia berpindah ke Perth, Australia? Mengikut pemerhatian saya:
  1. Rakyatnya dijaga
  2. Pengangkutan awam sangat senang. Bas mengikut masa tanpa putus
  3. Train untuk Sabtu Ahad ada special rate untuk keluarga
  4. Cuaca panas tetapi berangin dan nyaman
  5. Gaji per jam tinggi
  6. Pembelian kereta murah
  7. Ibu tunggal banyak mendapat manfaat
  8. Malam mati, cuma pub sahaja yang ada. Kualiti masa bersama keluarga lebih tinggi.
  9. Di Malaysia kerja seperti orang gila belum tentu kaya. Tetapi di Perth, kerja keras lebih sikit sudah boleh merasa kemewahan sikit lebih-lebih lagi currencynya tinggi sikit kan?
  10. Waktu bekerja dari jam 8 pagi hingga jam 5 petang. Jam 5.10 petang, pejabat sudah dikosongkan.

  11. Susu tepung dan pampers harganya juga murah.
  12. Barang-barang keperluan juga murah
  13. Perangai warga tempatan amat menghormati orang lain menjadikan kita terpengaruh untuk mencontohi sikap baik mereka bila berada di sini
  14. Tiada rasa kesal atas pembayaran cukai yang tinggi kerana semuanya nampak dikembalikan kepada rakyat
  15. Kedai kebab bersepah-sepah
  16. Ada surau disediakan di lapangan terbang
  17. Kurang Islamphobia
  18. Komuniti Melayu di Perth sangat besar dan rapat
  19. Tiada Bangladesh, semua mat salleh yang buat construction. Kenapa? Gaji yang dibayar adalah tinggi.
  20. Selain itu, Perth paling dekat yang penerbangannya hanya 5 jam sahaja.
  21. Tidak perlu kerja profesional untuk menyara hidup. Kerja sebagai nanny juga boleh, ambil gambar, cuci pinggan, malah kerja cleaning pun boleh dapat AUS$25 bagi setiap jam. 
  22. Kita boleh mencipta kerja di sana tanpa perlu tunggu tawaran yang datang
  23. Paling senang cara migrate adalah dengan sambung belajar (Most Malaysian did)
Belajar kalau bayar sendiri pun masih mampu. Percayalah!Semua ini membuatkan saya rasa nak pindah ke Perth. Hehehe!
+

Post a Comment

+