"SPRM TUNGGU TARIKH SO-AL NAJIB ISU RM2.6 BILION"

+
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak setuju untuk diambil keterangan berhubung derma RM2.6bilion yang didakwa didepositkan ke akaun peribadi beliau.

Dalam kenyataan SPRM itu hari ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Abu Kassim Mohamad berkata suruhanjaya itu telah menghubungi Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Najib setuju untuk diambil keterangan.

"SPRM sedang menunggu tarikh untuk menemubual beliau (perdana menteri) bagi memberi penjelasan berhubung isu-isu yang berkaitan dengan siasatan," katanya.

Perkara tersebut dinyatakan oleh kepada pemberita selepas Majlis Perbariasan Tamat Latihan Kursus Asas Pegawai SPRM, di Kompleks SPRM Johor hari ini.

SPRM juga telah dan sedang mengambil segala tindakan bagi melengkapkan siasatan kes bekas anak syarikat 1MDB iaitu SRC International.

Ia berkaitan dakwaan sejumlah RM42 juta yang dimasukkan ke akaun bank peribadi Najib.
Suruhanjaya itu juga mengulangi dengan mensasarkan ia dilengkapkan sebelum akhir tahun ini dengan syarat boleh akses dan mengambil keretangan dua pengarahnya yang masih berada di luar negara.

Bagaimanapun semalam portal The Malaysian Insider melaporkan Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali berkata SPRM telah merekodkan keterangan Pengarah Urusan SRC International Nik Faisal Ariff Kamil and pengarah Datuk Suboh Md Yassin.

Dalam kenyataan itu, Abu Kassim juga berkata suruhanjaya akan menjalankan siasatan merangkumi semua aspek dan bekerja keras untuk menyiapkan kertas siasatan mengikut tempoh yang disasarkan.

Beliau juga berkata siasatan mengenai dana RM2.6 bilion itu, SPRM memerlukan masa untuk melengkapkan siasatan kerana kebanyakan transaksi berlaku di luar negara, di mana ia memerlukan 'Mutual Legal Assintance (MLA).

Justeru itu, katanya, SPRM memerlukan masa untuk mendapatkan kerjasama beberapa phak dari luar negara.

Abu Kassim juga berkata pihaknya tidak akan berkompromi dari sudut kepentingan bukti dan saksi penting demi menyiapkan siasatan dua kes tersebut, malah akan memaklumkan siasatan dari semasa ke semasa.KREDIT
+

Post a Comment

+