SALE LAZADA MENIPU???

+
Mula nampak ada beberapa individu mula mempertikaikan harga barang yang di jual dalam sale online revolution lazada. Katanya tak masuk akal.. Aku pun ada la beli 3 barang walau asalnya nak beli 1 jer barang. Aku memang survey semua barang yang aku beli dari sebelum sale lagi.. Memang masa sale aku tak nampak apa2 yang menipu sebab memang harga sekarang lebih murah dari sebelum sales. Cuma tu la.. rupanya ada yang jual lagi murah dari lazada.

Tapi barang2 lain katanya.. sebelum ni harga lagi murah tetiba sales harga asal lebih mahal & harga sale pun mahal dari harga sebelum sale. Aku nak tuduh sangat sebab aku tak berapa nak survey barang2 lain. Aku survey barang aku nak je. Sebab benda tu memang tak ada jual kat luar. Aku memang ada jugak survey beberapa online shop.. cuma aku tak confident je. Sebab jarang2 dengar & aku ni bukan jenis online shopper. Sebab lazada ni je selalu dengar orang beli & selalu dapat review dari blogger jadi aku rasa confident sikit nak membelinya.

Memang tak nafikan bukan je online.. kat luar pun banyak jenis menipu harga masa jualan murah.Depa nak sale tu markup dah harga lebih mahal dari harga biasa. Tetiba sales jer terus 90% 50% bagai... Kalau ikutkan takde apa yang murah cuma di kaburi dengan perkataan sales& diskaun.

Apapun barang aku beli dengan lazada semalam hari ni dah sampai1 item.. Memang agak cepat jugak la. Lagi 2 barang tak tau la esok ke minggu depan. Apapun aku tak rasa tertipu sangat dengan lazada sebab harga dia memang aku survey sebelum sale cuma mungkin lazada lebih mahal berbanding beli kat tempat lain.Tu tak nafikan.. cuma barang yang aku beli ada 1 barang tu memang aku dah survey kat luar lebih mahal dari harga sale yang aku beli kat lazada semalam. Kalau kat online shop lain ada lebih murah cuma aku rugi tak survey jer.. tapi untuk rasa tertipu sangat tu tidak la.
Ni la Tuppercabinet 4 cubes yang aku beli semalam. Tak budget besar cenggini. Alih2 sampai besar. Ok la tu dari nampak besar sampai kecik. Barang dia aku puas hati sebab cantik berbanding dalam gambar display kat lazada. Ni aku beli RM86.. Tapi tadi ada blogger cakap kat groupon lagi murah 5 cubes baru RM69++ macam tu la. Takpe la.. rezeki lazada hahaha

Moral of the story.. Meniaga ni kalau menipu untung sekejab jer. Bila taktik macam tu selalu di pratikkan akan buat pelanggan hilang kepercayaan.. Nak buat sale buat betul2.. Jangan nak guna trick sangat. Zaman viral ni sekejab je boleh tersebar. Bila dah jadi viral dah tentu orang tak percaya lagi. Tak ada jalan mudah nak berjaya.. Ingat tu online seller.KREDIT
+

Post a Comment

+