PELIK!! PENCURI MASAK JEMPUT-JEMPUT SELEPAS PECAH RUMAH DI RESTORAN

+
Seorang peniaga gerai makanan bukan sahaja terkejut kerana gerianya dipecah masuk pencuri, malahan suspek dikatakan sempat memasak jemput-jemput menggunakan dapur restorannya yang terletak di Jalan Medoi, Segamat.
Menurut pemilik restoran, Noraini Mohd Yaacob, 38, selepas dimaklumkan oleh pekerjanya kira-kira am 5 petang sewaktu hendak memulakan perniagaan, mereka mendapati dua tong gas dan beberapa peralatan lain hilang.

Penjenayah berkenaan dikatakan telah menceroboh restoran berkenaan dengan mengumpil besi jeriji tingkap di bahagian dapur berdasarkan kesan yang ditinggalkan.

“Apa yang mengejutkan, penjenayah turut sempat memasak kerana terdapat beberapa biji jemput-jemput yang ditinggalkan di atas dapur.

“Saya tidak tahu bila premis ini diceroboh, tetapi apa yang pasti penjenayah sempat memasak dan makan sebelum beredar bersama dua tong gas dan beberapa peralatan perniagaan saya,” katanya dipetik laporan Harian Metro. - SUMBER
+

Post a Comment

+