KEJAM!! VIDEO WANITA MUSLIM DITOLAK KETIKA TREN BERGERAK

+
SEORANG wanita muslim yang sedang menunggu ketibaan kereta api di stesen Piccadilly di London telah ditolak tanpa sebab oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

Menerusi rakaman litar tertutup atau CCTV di lokasi itu, suspek secara tiba-tiba menolak mangsa ke arah kereta api yang sedang bergerak itu dan menyebabkan wanita berkenaan tersungkur di situ.

Mujurlah tiada perkara yang lebih buruk berlaku pada wanita terbabit dan kini lelaki itu telah ditahan pihak polis dan didakwa kerana cubaan untuk membunuh seseorang.

Menurut sumber, Polis Pengangkutan British sangat terkejut dengan insiden tersebut dan kini masih lagi menjalani siasatan untuk mendapatkan maklumat terperinci.

Video tersebut yang dimuat naik di laman Facebook telah menjadi viral dan rata-rata netizen mengecam dan mendakwa bahawa kejadian itu ada unsur homofobia yang berleluasa di negara itu.KREDIT
+

Post a Comment

+