GAMBAR SYATILLA MELVIN KINI BERHIJAB PENUH

+
Dua minggu lalu, Statilla Melvin atau nama sebenarnya Siti Nur Syatilla Amirul Melvin, 24, telah mengambil keputusan untuk bertudung sepenuhnya. 

Menurut Syatilla, keputusan itu dibuat bukan kerana sudah mempunyai perancangan untuk berumah tangga sebaliknya ia datang daripada hati yang tulus ikhlas. 

"Saya tahu orang akan bertanya dan menganggap keputusan bertudung ini kerana ada perancangan untuk berkahwin, namun saya jelaskan di sini ia bukan sebab itu. Ia bukan atas desakan mana-mana pihak, niat itu datang dari hati saya ketika berada di kampung dua minggu lalu. 

"Sam sudah tentulah tahu sebab saya sudah muat naik gambar di Instagram, dia okey sahaja. Tentang memasuki alam rumah tangga, saya memang sudah bersedia, namun jodoh sahaja belum sampai, saya masih berdoa dipercepatkan jodoh," ujar Statilla dipetik sebagai berkata. 
Sementara itu, mengenai penghijrahan tersebut, Syatilla berkata, dia tergerak hati untuk berubah ketika melihat dirinya di hadapan cermin dan merasa bagai ada kekurangan dan tidak sempurna berbanding adik-adiknya yang kesemuanya sudah bertudung. 

"Saya melihat diri saya di hadapan cermin dan ketika itu saya fikir seperti ada kekurangannya dan bila adik-adik saya masuk ke dalam bilik, saya lihat penampilan mereka sempurna dengan bertudung. 
"Sejak itu saya mengambil tudung dan terus memakainya hingga hari ini, memang ketika itu ahli keluarga lain terperanjat dengan perubahan saya secara tiba-tiba itu. 

Tambahnya, dia terpaksa menolak beberapa tawaran drama yang menginginkan penampilan lamanya. 


Syatilla bagaimanapun tidak bersedih dengan perkara itu kerana dia percaya dan yakin terhadap rezeki yang sudah ditentukan Allah kepadanya. 

"Saya sedar bila bertudung lebih membataskan watak dalam drama, namun saya percaya pada rezeki daripada Allah, jika tidak di bidang lakonan mungkin ada pada sumber yang lain," jelasnya. 









+

Post a Comment

+