BELI RONALDO HARGA RM474 JUTA, BEBERAPA PEMAIN CHELSEA DIJUAL

+
Pemilik Chelsea, Roman Abramovich dikatakan sedang mencuba untuk membeli Cristiano Ronaldo selepas pasukan itu kini berdepan dengan prestasi teruk pada musim ini.

Sebelum ini Ronaldo diintai Manchester United untuk kembali ke pasukan tersebut.

Abramovich yang juga jutawan Rusia sanggup membayar lebih 100 juta euro (RM474 juta) sekaligus sekiranya benar pemain itu bersetuju akan menjadikan Ronaldo pemain termahal dunia untuk kali kedua sepanjang kariernya.

Untuk menampung pembelian Ronaldo, Chelsea dikatakan akan menjual beberaa pemainnya, seperti Nemanja Matic, Oscar dan Eden Hazard.

Manchester United sebelum ini mahu mendapatkan kembali Ronaldo, bagaimanapun dia mengikat kontrak selama lima tahun di Bernabeu selain masih selesa di Real Madrid. -Sumber
+

Post a Comment

+