ALVIN TAN BUAT HAL LAGI? JANGAN LAYAN & SHARE!

+
Alvin Tan tak guna buat hal lagi. Gunakan Al-Quran sebagai 'kertas tandas' (calit najis ke helaian Al-Quran) adalah sangat melampau. Kalau dulu sekadar benci dalam hati, sekarang bencilah dengan perbuatan dan perkataan.

Tindakan segera kita:

Jangan share post dia tu. Yang dah share, sila unshare. Yang dah terlike, sila unlike. Kalau dah terprintscreen tu, delete. Jangan jadi agen penyebar dakyahnya pula.
Masuk page dan report page tu sampai tutup.
Tak perlu nak bash sesama umat Islam misalnya buat ayat bodoh;

"Bila orang kapir hina Al-Quran kau panas, kau tak ikut Al-Quran tu macam mana lak?"

Perli memerli, sentap menyentap amatlah tidak matang dalam isu ini. Sangat kebudak-budakan. Yang lebih penting adalah bersatu berganding bahu lawan orang kafir. Umat Islam tidak boleh ditindas.

Jangan ulang ayat sindir macam ni lak,

"Kekuatan umat Islam tu pergi solat Subuh di masjidlah."

Tidak membantu. Tidak membantu ayat-ayat sebegitu dalam sesetengah situasi. Boleh buat bergaduh sesama Islam jadinya bila guna tak sesuai dengan tempat.

Sudah banyak doa dilantunkan agar dia dapat hidayah. Tapi, bukan kali ini. Pergilah bertindak report dan tutup.

Unlike secara berjemaah page tu. Like pun tak guna.
Kalau dah susah sangat report pun Facebook buat dek je, pulaukan dia. Biarkan dia sakit jiwa seorang diri.

Sekian.Abg Bikai the spoileretosz
+

Post a Comment

+